Sunday, February 3, 2013

Tanggungjawab Syarikat Korporat


Kami Mementingkan Tanggungjawab Sosial, Ultra Utility Offshore Services Sdn Bhd

Ultra Utility Offshore Services Sdn Bhd, sebuah syarikat yang baru mengorak langkah dalam industri perniagaan di Malaysia dalam bidang perniagaan Pembinaan Maritim dan Oil & Gas. syarikat ini ditubuhkan secara usahasama oleh Datuk Hazri Hisyam Ab.Wahab, Ruseli Othman dan Mr Pang Kin Pin.

Sepertimana yang ternyata di dalam Bujet 2013, Kerajaan berharap pihak swasta, badan korporat serta syarikat berkaitan Kerajaan dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat melalui Tanggungjawab Sosial Korporat atau Corporate Social Responsibility.

Baru-baru ini, syarikat Ultra Utility Offshore telah menyahut seruan Kerajaan ini di mana telah menunaikan tanggungjawab sebagai syarikat korporat untuk membantu Kerajaan dalam pembangunan dan kesejahteraan rakyat dengan memberi sumbangan kepada Akademi Kulinari Terengganu. Akademi Kulinari Terengganu ini merupakan pusat pembelajaran yang ditubuhkan untuk golongan-golongan Asnaf di Negeri Terengganu.

Berdasarkan temubual wartawan Business Week kepada Pengerusi Ultra Utility Offshore iaitu Datuk Hazri Hisyam bin Ab.Wahab, beliau mengatakan bahawa syarikat yang ditubuhkan secara usahasama dengan abang-abang angkat beliau iaitu Encik Ruseli Othman dan Mr Pang Kin Pin ini mempunyai dana khas bertujuan untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan sebagai sumbangan syarikat kepada Masyarakat di Malaysia. Ini bertujuan untuk berkongsi hasil keuntungan perniagaan yang diraih daripada kontrak-kontrak Kerajaan dan juga Petronas.

"Sebagai sebuah syarikat yang memfokus kepada bidang perniagaan daripada kontrak-kontrak kerajaan, maka sudah menjadi kewajipan kami untuk berkongsi hasil keuntungan dengan golongan-golongan yang memerlukannya. Saya juga berharap agar lebih banyak syarikat swasta, badan korporat dan GLC(Syarikat Berkaitan Kerajaan) dapat menyumbang ke arah Tanggungjawab Sosial Korporat bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan daripada kita." Kata, Datuk Hazri Hisyam bin Haji Ab.Wahab kepada wartawan Business Week.




3 comments:

  1. Hazri Hisyam ni mengaku dapat Datuk ,PJN.Bila kantoi tipu,dia ckp Dato Penang le pulak,kantoi lagi ckp Dato pahang,kantoi lagi last last ckp Dato Sulu pulak.Kalau dah kaki penipu tu ,memang seumur hidup menipu let.Bila masa Ultra Utility offshore lantik dia jadi Pengerusi,spm pun tak lepas.....mamat ni kerja menipu orang jer.Wahai orang yang di luar sana,berhati hati Dan jangan percaya kalau Ada orang datang mengatakan yang dia boleh bagi Projek juta juta walhal esyamzgroup or esyamzempire Kompeni rm 2 jer..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..Bertaubatlah Hazry Hisham....

    ReplyDelete